07 Mei 2010

Tips Untuk Melajukan PC Anda








Berikut dinyatakan beberapa tips dan petua kepada anda untuk melajukan PC


[ 1 ] Penggunaan perisian penghalang Spyware dan Adware

Kehadiran Adware dan Spyware memang menyusahkan, malah ada diantaranya ditanam dalam komputer tanpa disedari. Adware atau Spyware datang dari emel, laman web dan juga perisian yang kita muatturun serta beberpaa sumberlain lagi. Untuk itu, anda boleh dapatkan perisian Ad-Ware6, yang boleh didapati daripada http://www.lavasoftusa.com/support/download/ . Perisian ini percuma jika anda tidak menggunakan secara komersial.

[ 2 ]Penggunaan perisian antivirus

Perisian antivirus adalah penting untuk digunakan dalam pc walaupun tidak menggunakan pc untuk melayari internet. Tetapi kebiasaannya pc memang boleh digunakan untuk melayari internet. Perisian yang boleh didapati seperti Norton AntiVirus, BitDefender, McAfee VirusScan, Panda Antivirus, PC-cilin, AVG Antivirus, F-Secure AntiVirus, Fprot, eTrust EZ antivirus, ESET Nod32 dan AVAST Pro. Pastikan and amengemaskini perisian itu sekerap mungkin dan pastikan mengikuti perkembangan virus unutk mendapatkan maklumat terkini. Perisian dalam talian (online) iaitu HouseCall Free Online Virus Scaner (http://housecall.trendmicro.com/) direka untuk menentukan kedudukkan serta mendapatkan maklumat virus terkini berkaitan dengan kedudukan anda.

[ 3 ] Mengurangkan Startup

Jika terdapat banyak perisian yang dijalankan latar belakang windows ia pasti melambatkan komputer anda secara mendadak. Anda boleh melihat jumlah perisian yang digunakan pada jumlah ikon yang terdapat pada bawah kiri skrin anda. Tetapi ada juga perisian yang sedang berjalan dan tidak disenaraikan. Berikut adalah langlah-langkah untuk mengurangkan jumlah Startup dalam WinXP.
1 – Klik Start dan kemudian RUN. 
2 – Taipkan MSCONFIG dan klik OK 
3 – klik pada SELECTIVE STARTUP, buangkan tanda pada LOAD STARTUP ITEMS dan klik OK. 
Ia akan dihentikan apabila anda reboot semula.

[ 4 ] Penggunaan Defrag

Untuk membuatkan komputer berjalan dengan baik, adalah penting untuk selenggara komputer dengan berkala terutama kepada cakera keras. Senggaraan pada cakera dilakukan dengan penggunaan Defrag iaitu sebuah proses yang digunakan untuk menyusun semula storan fail pada cakera supaya ia tidak bersepah pada permukaan cakera. Defrag harus dijalankan sebulan sekali untuk membuatkan komputer anda lancar berfungsi. Defrag boleh dijalankan dengan dwi klik pada My Computer, kemudian klik kanan pada pemacu C: dan pilih Properties daripada senarai yang muncul. Pergi ke pilihan Tools dan kemudian Defragment Now. Disk Defragmenter akan muncul dan kemudian klik pada Analyzer. Ia akan melakukan pemeriksaan pada cakera keras anda dan ia akan memaparkan keputusan analisa itu dalam beberapa saat. Kemudian klik pada Defragment untuk meneruskan Defrag. Ini akan berjalan untuk beberapa jam dan jangan jalankan Defrag jika anda mahu menggunakan komputer anda. Setelah selesai pasti komputer anda akan berasa lebih lancar.

[ 5 ] Penggunaan Scandisk
Selain dari Defrag, Scandisk juga boleh digunakan untk senggara cakera keras. Scandisk harus dijalankan sebulan sekali. Scandisk adalah proses untuk memeriksa cakera keras secara fizikal. Ia boleh dijalankan dengan dwi-klik pada MyComputer, kemudian klik kanan pada pemacu C: dan pilih Properties daripada senarai yang muncul. Pergi ke pilihan Tools dan kemudian Check Now yang terdapat pada ruang Error-Checking, Scandisk akan beroperasi beberapa jam.

[ 6 ] Penggunaan perisian percuma yang penting

Selain Adware terdapat beberapa perisian seperti TuneUp Utilities 2004 (http://www.tune-up.com/), Tweak-XP Pro 4.0.2(http://www.totalidea.com/),Fast Defrag standard (http://www.amsn.ro/), Xteq X-Setup (http://www.xteq.com/) dan WinPatrol (http://www.winpat-rol.com/). Perisian-perisian di atas adalah untuk mengendalikan memori, cakera keras, keseluruhan sistem, pengendalian ruang kerja dalam memori dan juga pengendalian penggunaan perisian yang kurang penting.

[ 7 ] Kemaskini Windows dan Driver

Windows adalah sistem pengoperasian yang perlu dikemaskini dari masa ke semasa untuk memantapkan dan memberi perlindungan kepada sistem komputer anda. Layarihttp://www.windowsupdate.com unutk mendapatkan senarai pengemaskinian yang anda perlukan. Di mana ia akan melakukan pemeriksaan dan menyediakan senarai keperluan anda. Dapatkan kemaskini secara automatik, jika tiada sambungan internet boleh diperolehi dari fail-fail pengemaskini daripada rakan dan salinkannya ke dalam CD. Kemaskini Driver untuk sebarang peranti yang dipasang kepada komputer seperti kad bunyi, kad grafik, mungkin juga pencetak dan perisian kamera digital atau pengimbas. Dapatkan maklumat terkini daripada laman-laman pengeluar peranti yang digunakan untuk mengelak masalah kepada sistem komputer anda.







0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails