06 Mei 2010

CARA MUDAH MENGATASI SPAM






Spam mail adalah salah satu hal paling mengganggu dan dibenci di dunia ini, di mana email spam biasanya mengandungi virus, spyware & iklan Viagra yang sangat tidak menyenangkan. Jika anda sering mendapatkan email yang berisi spamtersebut, cara mudah dan percuma untuk mengurangi atau menghentikan spamyang anda terima ialah dengan mengubah atau menggunakan perkhidmatan emailGoogle Mail atau Yahoo Mail.

Kedua-dua perkhidmatan percuma ini memiliki perlindungan spam yang baik, walaupun beberapa spam dapat terlepas. Anda hanya perlu menekan butang “mark as spam” dan secara automatik anda tidak akan menerima email dari sumber tersebut lagi di masa hadapan. Walaupun mengubah atau menggunakan email percuma bukanlah idea yang baik, namun ini cukup hebat jika anda hanya menggunakannya untuk menghubungi keluarga atau teman terdekat yang jarang dihubungi. Jangan lupa juga untuk melakukan pemeriksaan terhadap spam filter anda, kerana ia sering juga menghapus email yang ingin anda baca.
MailWasher (Freeware)

Mailwasher sangat ideal jika anda menggunakan software berasaskan desktop untuk membuka email (seperti Outlook Express). Aplikasi ini percuma dan mudah untuk dipasang, anda dapat membuat blacklist untuk menyaring email yang tidak diinginkan. Kelemahan dari freeware ini adalah ia hanya terhad untuk satu akaun email sahaja. Jadi jika anda memiliki banyak akaun POP3, perisian ini mungkin kurang sesuai untuk anda gunakan.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails