09 Mei 2010

GOOGLE HASILKAN BROWSER WEB SENDIRI








Chrome :Pelayar Milik Google Yang Mesra Pengguna


Mungkin ramai yang masih belum pernah menggunakan browser  baru milik google iaitu Chrome yang pada pendapat saya amat mesra pengguna. Ia telah lama dilancar iaitu sejak September 2009.
Perang persaingan dalam paparan Internet antara Microsoft dan Google belum berakhir. Tidak lama setelah Microsoft mengeluarkan Internet Explorer 8 versi beta 2, Google pula mengungkapkan browser web terbaru yang dibangunkannya.


Browser yang akan diberikan percuma itu diberi nama Chrome. Perkenalannya kepada komuniti maya sangat unik kerana menggunakan cerita komik yang menjelaskan mengenai browser tersebut secara jelas.
Sejak 2 september 2009, aplikasi tersebut dikatakan dapat didownload di 100 negara dan dapat digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Google menyatakan masih membangunkan versi lain untuk kegunaan pada sistem operasi Macintosh dari Apple dan Linux.
Dalam blog rasmi yang ditulis pejabat Google, Chrome menawarkan fungsi mengakses web lebih baik. Web browser ini menyediakan akses ke pelbagai kandungan multimedia lebih cepat kerana telah dilengkapi JavaScript virtual machine yang multiproses. Untuk mencegah phising dan pencurian data web, Chrome juga memiliki fungsi membuka aplikasi berbasaskan web tanpa toolbar dan address bar yang juga dikembangkan Mozilla dalam projek yang disebut Prism.


Masuknya Google ke pasar web browser menandakan makin panasnya persaingan di dunia Internet. Sebelum ini Google berupaya mengusai pasaran pengguna aplikasi dokumen dengan memperkenalkan Google Docs yang dapat diakses online. Google juga memberi persaingan terhadap dominasi Internet Explorer dengan mendukung browser web Firefox buatan Mozilla yang pada masa ini telah mengusai 10% pasaran dunia.

Google mungkin berharap dapat mengusai pasaran dunia lebih besar dengan produknya sendiri. Namun, nama besar Google di dunia maya bukan jaminan setiap produknya boleh berhasil. Instant messaging Gtalk dan layanan email Gmail sejauh ini masih di bawah berbanding dari Yahoo mahupun Microsoft. Apapun hasilnya,Chrome juga bakal menjadi pesaing baru bagi Firefox.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails