07 Mei 2010

Sejarah Virus komputer






Sejarah Virus komputer

Virus komputer Virus

komputer yang pertama ialah aturcara "Elk Cloner" yang ditulis oleh Richard Skrenta pada tahun 1982. Aturcara itu melekat diri pada sistem pengendalian Apple DOS 3.3 dan merebak melalui cakera liut. Virus ini bertujuan untuk merupakan suatu jenaka yang dicipta oleh seorang murid sekolah tinggi untuk dimasukkan ke dalam cakera liut permainan komputer supaya ia hanya dapat dimain sebanyak 49 kali.

Virus komputer peribadi yang pertama

 Virus komputer peribadi yang pertama ialah virus sektor but yang dikenali sebagai (c) Brain. Ia dicipta pada tahun 1986 oleh Basit dan Amjad Farooq Alvi, dua adik-beradik dari Lahore, Pakistan. Kedua-duanya itu dilaporkan mencipta virus untuk mencegah penyalinan perisian cetak rompak yang dibangun oleh mereka. Bagaimanapun, berdasarkan kod virus itu, para penganalisis mendakwa bahawa virus Ashar, satu kelainan Brain, mungkin muncul lebih dahulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails